Monday, April 23, 2012

Perkembangan Anak-anak

Definisi Perkembangan

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Mengikut ahli psikologi perkembangan manusia dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah dipengaruhi oleh dua faktor yang utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Perkembangan juga boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu. Menurut Atan Long (1980), perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepada tiga tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja


Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian dan didikan ibubapa yang berterusan di mana ibubapa memenuhi keperluan emosi dan fisiologi anak-anak. Hubungan ibubapa dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibubapa dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.
Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibubapa semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibubapa wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Tuesday, April 17, 2012

KAEDAH KHUSYUK DAN TADABBUR DENGAN AL-QURAN


KAEDAH KHUSYUK DAN TADABBUR DENGAN AL-QURAN
Ramai dari kalangan kita pada hari ini masih tercari-cari kaedah untuk membaca dan mentadabbur al-Quran tetapi susah untuk mendapatinya. Ada juga kalangan kita yang membaca al-Quran berulang-ulang kali sehingga tamat berkali-kali tetapi masih tidak dapat menghayati isi kandungan al-Quran. Insyallah kali ini, I.Q Centre akan memberikan beberapa tips dan kaedah agar kita dapat memahami dan menghayati isi kandungan mukjizat Nabi Muhammad yang merupakan kalam ALLAH yang amat bermakna dan tiada taranya dengan kitab-kitab yang lain.
ë=»tGÏ. çm»oYø9tRr& y7øs9Î) Ô8t»t6ãB (#ÿr㍭/£uÏj9 ¾ÏmÏG»tƒ#uä t©.xtFuŠÏ9ur (#qä9'ré& É=»t6ø9F{$# ÇËÒÈ
Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.[1]

BENTUK-BENTUK BACAAN AL-QURAN

BENTUK-BENTUK BACAAN AL-QURAN

Apabila membaca al-Quran kita hendaklah memastikan rentak dan kelajuan bacaan kita agar kita tidak melakukan kesalahan ketika membacanya. Terdapat ramai dalam kalangan kita yang membaca al-Quran tetapi tidak mengetahui bentuk-betuk bacaannya dan nama-nama bacaan yang mereka bacakan. Insyallah kali ini, I.Q Centre akan menyatakan beberapa bentuk bacaan yang telah disepakati sebahagian besar ulama`-ulama` terulung dalam Islam.

Terdapat Empat bentuk bacaan dan rentak ketika membaca al-Quran :

1) TAHQIQ : iaitu bacaan yang lambat dan perlahan. Kebiasaannya mereka baru mula belajar membaca al-Quran agar dapat melatih lidah mereka agar menyebut huruf-huruf itu dengan makhraj[1] (tempat keluar huruf) dan sifat huruf dengan fasih dan betul.

2) TARTIL : iaitu bacaan yang sederhana lambat, tenang dan menjaga makhraj dan sifat huruf serta menyempurnakan hokum-hukum tajwid. Kebiasaannya digunakan dalam ujian tilawah dan bacaan bertaranum.

3) TADWIR : iaitu sederhana laju di antara tartil dan hadar, serta menjaga hokum-hukum tajwid. Kebiasaannya digunakan untuk tasmi`[2] hafazan dan ketika dalam solat.

4) HADAR : iaitu bacaan yang laju serta memelihara hokum-hukum tajwid. Kebiasaan digunakan untuk mengulangkaji hafazan al-Quran.

Terdapat dua bentuk bacaan yang haram ketika membaca ayat suci al-Quran :

1) ZAMZAMIAH : iaitu bentuk bacaan yang sangat laju dan tidak menjaga tajwid seperti digunakan dalam jampi atau seperti yang diamalkan oleh imam-imam ketika solat terawih yang berlumba-lumba menamatkan solat dengan pantas, atau ketika bertadarus dengan laju. Kesemua bacaan ini tidak dijaga hukum-hukum tajwid, makhraj dan sifat huruf maka haram diguna pakai ketika membaca ayat suci al-Quran.

2) TAMT`IT : iaitu bentuk bacaan yang menggunakan rentak yang sangat perlahan sehingga memanjangkan huruf-huruf bukan mad.

Penulis merujuk kitab yang dikarang oleh Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Omar Al-Murqi (Kewajipan kita dengan al-Quran).



[1] Makhraj adalah tempat keluar huruf. Terdapat lima tempat keluar huruf iaitu :1) lisan (lidah) 2)jauf (rongga mulut) 3) khaisyum (rongga mulut) 4) syafatain (dua bibir) 5) halku (halkum)

[2] Memperdengarkan bacaan hafalan.

Monday, April 16, 2012

Umat Yang Kehilangan Jenama

ISN, 16 APR 2012 11:59 DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
Sering kali apabila bersolat di al-Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi s.a.w, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini. Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf salat yang penuh teratur. Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa rehearsal membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan practise solat berjemaah di negara masing-masing.
Namun, apabila sahaja iqamah dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latarbudaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin. Tiada siapa berhak bertanya apakah awak layak berada di sebelah saya ataupun tidak? Tiada siapa berhak menghalau orang lain keluar dari safnya tanpa sebab yang diizinkan syarak. Tiada saf khas untuk golongan bangsawan yang diharamkan golongan bawahan berada sebaris dengan mereka. Betapa agama ini telah menghimpunkan dan mendisiplinkan manusia.
Demikianlah ibadah-ibadah lain dalam Islam ini. Haji, perlambangan keserataan manusia. Tiada hak sesiapa menghalang orang lain bertawaf kerana orang bangsawan ingin bertawaf.
Tiada siapa yang berbeza dalam beribadah kepada Allah. Tiada raja ataupun sultan yang boleh menyeru Allah dengan kesombongan diri atau bahasa yang berbeza kerana dia raja atau presiden ataupun sultan. Maha Suci Allah dari membezakan hamba-hambaNYA disebabkan kedudukan dunia mereka. Bahkan, Allah menerima mana-mana doa yang penuh kerendahan jiwa dan menolak doa yang dilafazkan dengan kesombongan diri.
Demikian puasa, zakat dan pelbagai ibadah lain dalam Islam jika dihayati banyak nilai-nilai mulia dalam kehidupan individu dan masyarakat muslim dapat dibina. Bab taharah ataupun kebersihan dan penyucian diri, pakaian dan tempat ibadah mempunyai banyak nilai yang Islam didik penganutnya.
Namun, malang sekali negara-negara orang muslim itu kebanyakannya kotor. Ambil sahaja Kaherah yang orang Islam bangga kerana adanya University al-Azhar. Ia dianggap sebagai kota ilmu oleh sesetengah pihak. Namun, Kaherah juga merupakan kota sampah-sarap. Kekotaran seakan menjadi budaya. Tiada disiplin dalam hidup bermasyarakat. Rasuah dan salah guna kedudukan bermula dari tukang sapu sampah sehingga ke presiden negara.
Jalanraya tiada peraturan. Bunyi hon kereta rukun wajib dalam memandu. Sehingga saya pernah bergurau: "Orang Mesir, boleh pandu kereta tanpa tayar tetapi tidak boleh pandu kereta tanpa hon". Asap dan bau busuk adalah aroma kehidupan mereka.
Di manakah perginya golongan agama dan ilmuwan kota itu?! Di mana perginya segala perbahasan ilmu yang dilaung-laungkan itu?!! Apakah pula disiplin dan nilai baik yang manusia dapat kutip dari mereka?
Dua minggu lepas saya berada di Irbid, Jordan. Bandar yang mengelilingi University Yarmouk. Malang sekali, sampah sarap bagaikan bunga-bunga yang menghiasi bandar itu. Menyedihkan. Saya bukan ingin memuji Oxford berlebihan kerana saya berada di sini sekarang. Namun ini suatu realiti. Bandar ilmu ini bersih. Sukar sama sekali mendengar hon kenderaan. Juga tiada pencemaran asap bas ataupun kenderaan biasa. Orang tahu menggunakan tong sampah, bahkan tahu membezakan jenis sampah.
Gereja memang banyak di bandar ini, namun ia tidak semakmur masjid-masjid di tempat kita. Bahkan kebanyakan mereka tidak percayakan agama, sekalipun mereka percaya wujudnya Tuhan. Saya percaya nilai-nilai baik itu tiada kaitan dengan agama, tetapi kejayaan pendidikan yang mantap dan berkesan. Sehingga nilai-nilai baik menjadi budaya. Sementara kita, golongan agama ramai yang sibuk dengan teori itu dan ini, ataupun sibuk mengisi dan menggemukkan poket masing-masing melebihi usaha mendidik dan membentuk umat yang berkualiti. Sibuk menghukum orang lain sehingga terlupa mengemaskan diri, rumah dan negara sendiri.
Umat Contoh

Tuesday, April 10, 2012

HUKUM TAJWID

HUKUM TAJWID
Alif Lam Qamariah
Apabila di atas huruf lam ada tanda sukun.
Alif Lam Syamsiah
Apabila di atas huruf lam tiada tanda sukun.
Mad
Bahasa : menambah / memanjangkan
Istilah : memanjangkan suara pada kadar 2 hingga 6 harkat pada huruf mad ( alif , waw, ya )
Mad Jaiz Munfasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Panjang bacaan 4 / 5 harkat
Mad Wajib Muttasil
Apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 4/5 harkat
Mad Lin
Apabila huruf waw atau ya bertanda sukun yang huruf sebelumnya berbaris atas, dan huruf selepasnya dibaca sukun kerana wasal.
Panjang bacaan 2, 4 atau 6 harkat
Mad Aridh Lis Sukun
Apabila bacaan diwaqafkan pada huruf akhir dan terdapat huruf mad sebelumnya.
Bacaan panjang 2, 4 atau 6 harkat
Mad Silah Qasirah
Apabila huruf ha tidak bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 2 harkat
Mad Silah Tawilah
Apabila huruf ha bertemu hamzah dalam 2 kalimah
Kadar bacaan 4 atau 5 harkat
Mad Tamkin
Apabila terdapat dua huruf ya dalam 1 kalimah dengan ya pertama bersabdu dan ya kedua sukun
Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
Apabila huruf mad bertemu dengan huruf sukun dalam 1 kalimah
Panjang bacaan 6 harkat
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Apabila huruf mad bertemu huruf bersabdu dalam 1 kalimah
Kadar bacaan 6 harkat
QALQALAH
Qalqalah
Bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf Qalqalah disukunkan.
Qalqalah Sughra
Bunyi lantunan yang rendah sedikit pada huruf Qalqalah.
Qalqalah Kubra
Bunyi lantunan yang besar pada huruf Qalqalah yang diwaqafkan.
NUN MATI DAN TANWIN & MIM SAKINAH
Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf hija'iyyah akan menghasilkan 4 hukum tajwid
IZHAR HALQI / IKHFAK HAKIKI / IDGHAM MAALGHUNNAH / IDGHAM BILAGHUNNAH / IQLAB
Hukum Mim
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Hija'iyyah akan menerbitkan 3 hukum
IKHFAK SYAFAWI / IZHAR SYAFAWI / IDGHAM MISLAIN
Izhar Halqi
Apabila huruf nun bertanda sukun atau tanwin bertemu dengan 6 huruf Izhar.
Bacaan jelas dan terang
Iqlab
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf ba.
Ikhfak Hakiki
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 15 huruf Ikhfak
Bacaan dengung
Idgham Bighunnah/Maal Ghunnah
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan 4 huruf Idgham.
Bacaan dengung
Idgham Bila Ghunnah
Apabila huruf nun sukun atau tanwin bertemu dengan 2 huruf ( lam dan ra )
Bacaan jelas
Idgham Mislain/Mutamasilain
Apabila mim sukun bertemu dengan mim bersabdu
Bacaan dengung
Ikhfak Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan huruf Ikhfak Syafawi ( ba )
Bacaan dengung
Izhar Syafawi
Apabila mim sukun bertemu dengan semua huruf kecuali mim dan ba.
Bacaan jelas dan nyata

Monday, April 9, 2012

Masalah Disleksia

Menurut Persatuan Disleksia Antarabangsa, disleksia merujuk aspek kesukaran membaca. Kegagalan membaca terjadi kerana mereka tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang bertulis, sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan. Individu disleksia berfikiran multidimensi, iaitu mempunyai intuisi yang kuat dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Mereka sangat cemerlang dalam aktiviti “belajar dan melakukan”, tetapi agak sukar untuk berhadapan dengan angka, nombor, simbol dan perkataan. Menurut Gupta, terdapat dua juta kes disleksia di seluruh Malaysia, iaitu 25 peratus daripada populasinya melibatkan pelajar sekolah. Walau bagaimanapun, melalui sistem pembelajaran yang betul, tidak mustahil pelajar disleksia berpotensi untuk berjaya.

Banyak individu disleksia yang berjaya dan telah mencipta nama, antaranya termasuklah Albert Einstein, Henry Ford, Walt Disney dan Leonardo Da Vinci.Menururt Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996), serta Spaafford dan Grosser (1996), antara punca yang menyebabkan disleksia termasuklah “keturunan” atau “genetik”. Kajian telah membuktikan bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diwarisi secara turun-temurun. Dalam kebanyakan kes, didapati ada ahli keluarga mengalami masalah yang sama, cuma yang membezakan mereka hanyalah tahap keseriusannya.
Selain itu, disleksia juga disebabkan oleh faktor “biologi”. Biasanya, kanak-kanak disleksia dilahirkan tidak cukup bulan atau pramatang, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Sejarah inilah yang menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan kanak-kanak. Kerosakan pada otak semasa dilahirkan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah pembelajaran. Namun, kes sebegini berada pada tahap yang minimum.


Dalam proses mengenalpasti mengenalpasti kanak-kanak bersimpton disleksia, terdapat dua kaedah yang boleh dicadangkan (KPM 2000) iaitu secara ujian dan secara senarai semak; kaedah senarai semak bertujuan untuk mendapatkan butiran kelemahan murid jika tahap pencapaian murid ketinggalan sebanyak dua tahun di belakang pencapaian rakan sebaya (Hammond & Hughes1999). Bagi kaedah ujian seperti Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bacaan, UjianSaringan yang mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan Ujian Komprehensif yang mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan, penglibatan,literaliti, urutan dan yang berkaitan.


Selain itu, Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapatdikesan melalui 8 ciri iaitu:- kosa kata tulisan tidak seimbang dengan kosa katalisan, lambat dalam tindakan berlisan, lemah dalam menyusun isi barangan, tahupada sesuatu ketika dan lupa pada hari berikutnya, kurang kemahiran mengejapada tahap yang sepatutnya, faham bahan pengajaean dalam kelas tetapi merosotdalam ujina, tidak tepat dalam bacaan dan tidak terancang.Namun begitu Disleksia bukanlah satu kecacatan dan tiada kaitan dengantahap kecerdikan atau IQ seseorang (Sofiah 2000). Disleksia tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dirawat (BOLD 2000). Hasil Kajian pakar perubatanmendapati dari segi fizikal, kanak-kanak disleksia adalah aktif (Zabidi 2000). Iniadalah kerana hanya pendidikan yang sistematik dan berkesan berdasarkan6 Jurnal Pendidikan 30pengenalpastian kawasan kelemahan yang perlu diberi perhatian akan dapatmeminimumkan permasalahan dan kekeliruan para disleksia.

Monday, April 2, 2012

Hukum Tajwid

QALQALAH

HURUF QALQALAH

QALQALAH SUGHRA

Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah.

Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.


QALQALAH KUBRA

Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.


QALQALAH AKBAR

Lantunan yang paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

Kelebihan Membaca Al-Quran

“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”

(Abu Daud & Ahmad)


Salah satu cara untuk kita membalas jasa kedua ibubapa, kita hendaklah membaca dan mengamalkan apa yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran. Ibu bapa kita akan dimuliakan oleh Allah S.W.T. Sinaran mahkota itu mengatasi cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah kita. Jika difikirkan matahari terletak begitu jauh sekali dari kita...walaubagaimanapun cahayanya cukup terang. Bayangkan sinaran dari mahkota yang akan dipakaikan kepada ibubapa kita adalah lebih bersinar lagi dari cahaya matahari...Alangkah hebatnya kekuasaan Allah S.W.T...Oleh itu marilah kita sama-sama mempertingkatkan
bacaan Al-Quran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya...

Wallahualam..

Masalah Autisme

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

* Tidak suka bersosial.

* Pendengaran tidak normal.

* Mengelak daripada bertentang mata.

* Gangguan pertuturan.

* Corak kelakuan yang berulang.

* Tidak mengendahkan rasa sakit.


Seorang anak yang menghadapi masalah autisme,memang sukar untuk dididik secara biasa, perlu kesabaran memberi perhatian yang banyak kepadanya. Ada juga anak istimewa, selain mempunyai masalah autisme turur juga ada masalah hyperactif. Hanya Allah yang mengetahui bagaimana kesabaran yang perlu ada untuk mendidik anak yang begini.

"Anak istimewa adalah anugerah Allah, dan berapa istimewanya juga ibu bapa yang terpilih untuk mengasuh mereka"

Kaedah Pembelajaran


Pembelajaran yang diterapkan melalui IQC (Intelligent Quranic Centre) ini adalah secara "face to face". Melalui kaedah ini kelompangan yang wujud pada diri pembaca akan dikenal pasti sekaligus diperbaiki dan diberi penekanan agar pembaca merasai suatu kenikmatan apabila mendalami ilmu Allah.
Pada peringkat permulaan, para pelajar ditekan agar mengenal dan mengecam huruf secara fasih dan lancar tanpa termenung dan berfikir lama. Apabila peringkat ini telah berakhir maka sistem pembelajaran melalui kaedah iqra` atau qiraati akan digunakan agar pelajar-pelajar dapat membaca al-Quran serta mengetahui hukum tajwid sesudah menamatkan sesi ini.


Pada peringkat yang seterusnya, para pelajar akan mula melalui proses tahsin al-Quran serta mempelajari hukum tajwid secara mendalam dan serius.
Disamping itu juga, para pengajar IQC (Intelegent Quranic Centre) akan membawa serba sedikit ilmu fardhu ain kepada para pelajar agar tidak merasai ilmu Allah itu hanya sekadar membaca al-Quran. Mudah-mudahan, kaedah ini dapat meningkatkan minat dan kefahaman terhadap para pelajar agar dapat mendalami ilmu Allah yang sangat luas ini.
Selain itu juga, Insyallah bagi mereka yang berminat pihak IQC akan memberi penenakanan terhadap penghafalan al-Quran menggunakan kaedah "HUFFAZ".